PERTANDINGAN
INOVASI PEDAGOGI IPG KAMPUS PERLIS 2014
TEMA : KREATIVITI DAN INOVASI PEMANGKIN KUALITI GURU
TEMPAT: IPGK PERLIS
1. Matlamat
Pensyarah/guru
pelatih mampu menghasilkan inovasi dalam pelaksanaan kurikulum dan dapat
meningkatkan profesionalisme keguruan.
2. Objektif
2.1 Memberi
penghargaan dan pengiktirafan kepada pensyarah/guru pelatih yang menghasilkan
inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2.2 Menggalakkan
pensyarah/guru pelatih mencipta atau menghasilkan inovasi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
2.3 Menyediakan
ruang dan peluang bagi pensyarah/guru pelatih menampilkan hasil inovasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
2.4 Menyebarkan
hasil inovasi pensyarag/guru pelatih untuk dimanfaatkan oleh para pendidik yang
lain.
3. Maksud Inovasi Pedagogi
3.1 Inovasi
dari segi bahan, kaedah, strategi dan sebagainya untuk meningkatkan
keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3.2 Inovasi
yang asli atau penambahbaikan terhadap sesuatu yang sedia ada yang meliputi
aktiviti pembaharuan dan perubahan positif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
3.3 Inovasi
dalam konteks menterjemahkan kurikulum kepada proses pengajaran dan
pembelajaran.
4. Peserta Pertandingan
4.1 Individu
atau kumpulan pensyarah
4.2 Gabungan
pensyarah dan guru pelatih
4.3 Individu
atau kumpulan guru pelatih
5. Syarat-syarat Pertandingan
5.1 Inovasi
yang dihasilkan mestilah berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
5.2 Inovasi
yang dicalonkan dalam pertandingan ini belum ada dalam pasaran.
5.3 Bagi
penyertaan kategori kumpulan, bilangan ahli hendaklah antara 2-4 orang.
6. Kriteria Pemilihan
6.1 Peserta
perlu mengemukakan hanya satu penyertaan sahaja.
6.2 Inovasi
yang dicalonkan perlu memenuhi perkara berikut :
a) Kesesuaian idea
b) Kebolehlaksanaan
inovasi
c) Kesan kepada
pengajaran dan pembelajaran
d) Potensi inovasi untuk
disebarluaskan
e) Keberkesanan kos
6.3 JPIPK
perlu mengemukakan maklumat berikut bagi peserta pertandingan :
a) Maklumat Peserta
(Lampiran A)
b) Penerangan Inovasi
(Lampiran B)
Penerangan boleh disokong dengan gambar,
kaset, carta, video atau
persembahan grafik.
7. JPIPK
mengedarkan maklumat penyertaan (Lampiran A dan B) melalui web IPG Kampus
Perlis dan Ketua Jabatan pada 15 April 2014. Peserta perlu menghantar
borang penyertaan pada atau sebelum 29 April 2014 di Jabatan
Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan. Borang penyertaan yang tidak
dihantar pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dipilih dan dihakimi. Keputusan
panel penilai/hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
8. Surat Menyurat dan Pertanyaan
Segala pertanyaan mengenai
pertandingan ini boleh berhubung terus dengan :
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi
Profesionalisme Keguruan
Tel : 014-2417725 (DR.
ROSMAWATI BT MUSA) / 019-4433708 ( PN AMANI DAHAMAN)
PELATIH j-QAF YANG BERMINAT BOLEH MEMOHON PELEPASAN GURU BESAR UNTUK MEWAKILI SEKOLAH. JIKA ADA MASALAH MOHON BANTUAN PENSYARAH YANG MEMBIMBING PRAKTIKUM FAKS SURAT UNTUK MEMAKLUMKAN GURU BESAR.
KLIK UNTUK DOWNLOAD MAKLUMAT INI DAN BORANG PENYERTAAN
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.