Fazakkir...

Thursday, April 17, 2014

PERTANDINGAN INOVASI PEDAGOGI IPG KAMPUS PERLIS 2014


PERTANDINGAN INOVASI PEDAGOGI IPG KAMPUS PERLIS 2014

TEMA : KREATIVITI DAN INOVASI PEMANGKIN KUALITI GURU
 
TARIKH : 6 MEI 2014
 
TEMPAT:  IPGK PERLIS

 

 

1.         Matlamat

            Pensyarah/guru pelatih mampu menghasilkan inovasi dalam pelaksanaan kurikulum dan dapat meningkatkan profesionalisme keguruan.

 

2.         Objektif

2.1       Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pensyarah/guru pelatih yang menghasilkan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2.2       Menggalakkan pensyarah/guru pelatih mencipta atau menghasilkan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2.3       Menyediakan ruang dan peluang bagi pensyarah/guru pelatih menampilkan hasil  inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2.4       Menyebarkan hasil inovasi pensyarag/guru pelatih untuk dimanfaatkan oleh para pendidik yang lain.

 

3.         Maksud Inovasi Pedagogi

3.1       Inovasi dari segi bahan, kaedah, strategi dan sebagainya untuk meningkatkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3.2       Inovasi yang asli atau penambahbaikan terhadap sesuatu yang sedia ada yang meliputi aktiviti pembaharuan dan perubahan positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3.3       Inovasi dalam konteks menterjemahkan kurikulum kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

 

4.         Peserta Pertandingan

            4.1       Individu atau kumpulan pensyarah

            4.2       Gabungan pensyarah dan guru pelatih

            4.3       Individu atau kumpulan guru pelatih

 

5.         Syarat-syarat Pertandingan

5.1       Inovasi yang dihasilkan mestilah berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

5.2       Inovasi yang dicalonkan dalam pertandingan ini belum ada dalam pasaran.

5.3       Bagi penyertaan kategori kumpulan, bilangan ahli hendaklah antara 2-4 orang.

 

6.         Kriteria Pemilihan

            6.1       Peserta perlu mengemukakan hanya satu penyertaan sahaja.

            6.2       Inovasi yang dicalonkan perlu memenuhi perkara berikut :

                        a) Kesesuaian idea

                        b) Kebolehlaksanaan inovasi

                        c) Kesan kepada pengajaran dan pembelajaran

                        d) Potensi inovasi untuk disebarluaskan

                        e) Keberkesanan kos

            6.3       JPIPK perlu mengemukakan maklumat berikut bagi peserta pertandingan :

                        a) Maklumat Peserta (Lampiran A)

                        b) Penerangan Inovasi (Lampiran B)

                            Penerangan boleh disokong dengan gambar, kaset, carta, video atau

    persembahan grafik.

 

7.         JPIPK mengedarkan maklumat penyertaan (Lampiran A dan B) melalui web IPG Kampus Perlis dan Ketua Jabatan pada 15 April 2014. Peserta perlu menghantar borang penyertaan pada atau sebelum 29 April 2014 di Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan. Borang penyertaan yang tidak dihantar pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dipilih dan dihakimi. Keputusan panel penilai/hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

 

8.         Surat Menyurat dan Pertanyaan

            Segala pertanyaan mengenai pertandingan ini boleh berhubung terus dengan :

 

            Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan

 

            Tel : 014-2417725 (DR. ROSMAWATI  BT  MUSA) / 019-4433708 ( PN AMANI DAHAMAN)
 
PELATIH j-QAF YANG BERMINAT BOLEH MEMOHON PELEPASAN GURU BESAR UNTUK MEWAKILI SEKOLAH. JIKA ADA MASALAH MOHON BANTUAN PENSYARAH YANG MEMBIMBING PRAKTIKUM FAKS SURAT UNTUK MEMAKLUMKAN GURU BESAR.
 
KLIK UNTUK DOWNLOAD MAKLUMAT INI DAN BORANG PENYERTAAN

TUGASAN PIK2102W

Sila klik untuk download

Thursday, February 6, 2014

INTERAKSI MAC 2014

Semua pelatih DPLI j-QAF Ambilan Januari dikehendaki mengikuti KDC Interaksi Mac 2014 mulai cuti sekolah nanti. Berikut adalah senarai kursus yang perlu diikuti:

1. ASK2202W Pendidikan Alam Sekitar (4jam) download
2. LNP2202W Pengajaran Literasi dan Numerasi (4 jam) download Tugasan Mate Fail 1 , Fail 2 (klik fail untuk download)
3. PJK2102W Pendidikan Jasmani (4 jam) download (hanya ada Proforma)
4. TPK2102W Teknologi Pengajaran (4 jam) download

5. PIK2102W Pendidikan Islam (Kursus Sem 2 dibawa ke Sem 3) Sila download

6. Unit Beruniform

* Dapatkan Proforma dan Modul sebelum ke IPGKP
** Hubungi pensyarah-pensyarah berkenaan untuk mendapatkan tugasan sebelum kembali ke IPGK Perlis.

SOALAN TUGASAN KKBI PROJEK LNP2202

Sila muatturun tugasan ini untuk dilaksanakan samasa di sekolah. Tugasan ini hanya untuk BM sahaja. Penyerahan pada KDC Mac 2014 nanti. Sila klik sini.

Sunday, November 10, 2013

MODUL SEM II DPLI j-QAF 2013

MODUL UNTUK SEMUA KUMPULAN:

1.EDM 2204 Pedagogi

2.SPK2202W Seni Dalam Pendidikan

3. PTK 2202 W Penyelidikan Tindakan

4. ISU2201Unit Beruniform (MuatTurun)

5.ISP2201 Permainan (MuatTurun)

6.ISC2201 Persatuan (MuatTurun)

(Modul Penyelidikan Tindakan : tajuk 6 ada kesilapan)




MODUL UNTUK KUMPULAN BAHASA ARAB SAHAJA:

1.BAM2203 KAEDAH PENGAJARAN

2. BAL 2203 Kefasihan Bahasa Arab

3. PIP2203M Pengenalan Kurikulum dan Pedagogi Pend Islam


MODUL UNTUK KUMPULAN AGAMA SAHAJA:

1.PIM 2203 Pedagogi Pend Islam

2.PIC 2203 Pelajaran Jawi dan Seni Khat
3.BAP 2203M Metodologi Pengajaran Bahasa Arab

Thursday, May 23, 2013

Modul- Modul KPLI j-QAF Ambilan Januari 2012 Bagi Interaksi Mei Jun 2013


Bagi KPLI j-QAF Ambilan Jan. 2012:
- Major (BA/PA) : Modul P3 unit terakhir
- Minor 1 : Pengajian Al-Quran : Modul P3.
- Minor 2 : Bahasa Arab Minor / Pengajian Agama Minor
- Ilmu Pendidikan P3 Modul Akhir.
- Pengurusan Sumber : Modul Akhir
- Seni Dalam Pendidikan : Modul Akhir.

Download:
Major dan Minor PA P3 / Major BA P3 / Minor PA P3 

Modul-Modul Jabatan Lain boleh lar tanya-tanya senior atau wakil datang ambil potostat daripada Ust. Azman.